Thursday 25 June 2015

Pendaftaran Tone Plus: Syarat Kekal Nombor Lama

SYARAT KEKAL NOMBOR LAMA (PORT-IN)


Proses pengekalan nombor lama (sedia ada) di kenali sebagai proses PORT IN. Sekiranya anda bersetuju untuk KEKALKAN NOMBOR LAMA KESAYANGAN anda ke simkad Tone Plus, beberapa syarat perlu dipenuhi untuk memastikan proses pindah milik telco berjalan dengan lancar.



SYARAT-SYARAT PORT-IN :


1. Nama dan IC mesti sama di talian lama dan juga sama di Tone Plus.

2. Tiada kontrak dan bukan nombor ‘supplementary line’.

3. Talian lama berada dalam status aktif (boleh call in & call out)

4. Minimum baki kredit RM2 dalam talian lama sewaktu proses
    PORT IN berlangsung (24 Jam)

5. Pastikan nombor talian program Tone Plus telah diaktifkan 
    dengan cara membuat 1 panggilan atau SMS.



PENTING :


1. Sepanjang proses PORT IN di buat, guna talian lama seperti biasa sehingga talian lama itu tidak boleh diguna lagi. Dan baru masukkan simkad Tone Plus, nombor lama telah siap dipindahkan ke simkad Tone Plus.

2. Proses pertukaran (PORT IN) akan mengambil masa 48 jam hingga 7 hari (waktu bekerja), setelah anda menerima pengesahan (acknowledgement) permohonan PORT IN daripada Tune Talk.
Harap bersabar.



MASALAH BERBANGKIT :


1. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan proses ini, dan memerlukan anda merujuk kepada telco talian lama anda, boleh hubungi nombor di bawah

     Tune Talk :  03 2772 0000
     Celcom : 1 300 111 000
     Maxis :  1 800 82 1123
     Hotlink :  1 300 820 120
     
     U-mobile : 018 388 1318 
     XOX :  1 300 888 010
     Altel : 03 2613 3888 
     Digi :  016 299 8888
     Clixster :  1 800 08 2211
    
     Merchantrade : 03 7727 8606
     RedOne :  1 800 11 0800
     REDTone Mobile :  1 800 87 7790
     Smart Pinoy :  03 207 804 52
     YTLComms :  018 799 8888
     
     Friendi Mobile :  011 38 123456
     iTalk :  1 800 882 883
     OkTel (IMETEL) :  1 800 88 2077
     Tron :  1 300 800 188
     SpeakOut Wireless :  014 337 6666


2. Jika terdapat penggunaan TAC di talian lama, sila ke ATM untuk mambuat pertukaran pembekal rangkaian talian anda ke Tune Talk.

3. Setelah PORT IN, jika anda boleh buat ‘Call Out’ tetapi tidak boleh terima ‘Call In’. Sila hubungi TuneTalk (13100) dan minta mereka ‘RESET’ semula talian baru anda. selalunya, 

4. Jika telco talian lama anda tidak bersetuju untuk lepaskan anda, sila berjuma terus di mana-mana pejabat cawangan telco lama anda. Sekiranya masih gagal, anda boleh merujuk terus kepada SKMM.


Cara nak kekalkan nombor lama, sila KLIK DISINI





http://toneplusprepaid.blogspot.my/2015/06/tone-plus-blackberry-plan-blackberry.html

------------------------------------


BUAT SAMPAI JADI,
JANGAN ADA TAPI, JANGAN ADA NANTI,
BUAT, BUAT, BUAT, BUAT.. 


KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI..

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN


Wednesday 24 June 2015

Nombor Tone Plus Expired

NOMBOR TONE PLUS EXPIRED/REINSTATE



Ada di antara kita terlupa untuk maintain topup bulanan RM30 sebulan, sayangnyer, simkad dah expired baru nak perasan, kalau ada komisyen kan naya tue.... kebanyakannya terjadi pada yang daftar Tone Plus sebagai nombor kedua ni, bukan pada nombor utama, mungkin sebab tue lah kot tak ingat nak topup... 

Tempoh nak expired simkad Tone Plus nie sebenarnya lama, 
tapi camana boleh terlupa nak topup juga...

Cuba tengok...

  1 JUN    = TOPUP RM30 (aktif untuk 30 hari, call in & out)
30 JUN     = Hari terakhir untuk topup
                          (anda diberi masa 45 hari lagi untuk melakukan topup)

 1 JULAI   = hanya boleh call in sahaja
15 OGOS  = Talian anda di TERMINATE

Anda ada lebih kurang 75 hari atau 2 bulan 15 hari, takkan tak leh nak topup RM30 dalam tempoh tue.. tipu lahhh

-------------------------------------------------

Tuan, nombor saya dah tak der line, dah expired, nombor saya sayang, camana nak dapat balik?


1. Cuba semak & sahkan sendiri dahulu di akaun Self-Care, atau kalau nak cepat call direct Tune Talk 13100 @ 03-27720000. Call HQ Tone Plus pun boleh.

2. Kalau tempoh expired tue kurang daripada 14 hari dan nombor masih 
    lagi berada dalam sistem Tune Talk, kalau "YA"... 
    masih boleh diselamatkanlah nombor tue.

3. Daftar dengan simkad Tone Plus yang baru.

4. Topup RM100 terus ke atas simkad yang baru didaftarkan

5. Hubungi HQ untuk report kepada pihak TuneTalk untuk proses reinstate 
   (proses akan mengambil masa 24 jam untuk complete).

6. Nombor lama anda akan diganti terus ke simkad baru. 
    Siap...


PENTING

-- Tamat tempoh (expired) lebih daripada 14 hari, tidak boleh dikembalikan
   (dalam tempoh 14 hari, nombor tersebut masih berada dalam
    sistem Tune Talk sebelum diserahkan semula kepada telco lama)
-- Nombor tamat tempoh hnya boleh di port in melalui HQ sahaja
-- Kredit & Big Point yang lama, hilang





http://toneplusprepaid.blogspot.my/2015/06/tone-plus-blackberry-plan-blackberry.html

------------------------------------


BUAT SAMPAI JADI,
JANGAN ADA TAPI, JANGAN ADA NANTI,
BUAT, BUAT, BUAT, BUAT.. 


KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI..

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN



Tuesday 23 June 2015

Koleksi Gambar Promosi Tone Plus 7

GAMBAR PROMOSI TONE PLUS


Sifu2 online kata, gambar adalah salah satu unit paling penting dalam promosi cara online, katanya gambar nie boleh "memanggil", "bercakap" dan "menjual" bagi pihak kita. 

Ada beberapa gambar promosi Tone Plus yang saya buatkan, tapi hasil nya standard amatur saja lah. Bidang terjun sajer, godek-godek buat time-time free. Sahabat-sahabat nak copy & share pun boleh, silakannn... harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam promosikan bisnes Tone Plus.















--------------------------------------------

** dibenarkan untuk copy & paste sahaja, saya tidak akan bertanggunjawab ke atas sebarang kesulitan sekiranya ada editing tambahan yang dilakukan. 



KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN

Sunday 21 June 2015

Langkah 3: Teknik Promosi Tone Plus

Di Langkah 3 ini, hanya tiga tugasan mudah yang perlu anda buat, iaitu makeup facebook anda semula, join support group dan juga buat satu link website untuk promosikan Tone Plus anda.. Sebagai usahawan masa kini, dua platform ini anda mesti ada.. walaupun anda akan fokus pada satu teknik saja nanti, secara online atau pun offline..

---------------------------------------------------------

Langkah Ketiga, 
Anda follow setiap 3 tugasan di bawah..
Jangan teruskan, sekiranya anda belum setel setiap tugasan di Langkah Dua


TUGASAN 1: MAKE-UP FACEBOOK ANDA


Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook personal masing2. Statistik 2017, menunjukkan hampir 19 juta akaun facebook yang aktif di Malaysia. Femeli, kawan2 anda juga, semua ada facebook.. traffic paling tinggi user menggunakan untuk bersosial, mencari info & berbisnes.. Disini lah lubuk prospek Tone Plus anda.. 


1.1 Edit Gambar Profile Facebook Anda

Pastikan profile picture adalah gambar personal anda sendiri. Bukannya gambar kartun, gambar kereta & motor, gambar pelik2 lain.. tukar semua yang itu.. Lebih elok/bagus kalau ada gambar anda sendiri bersama/pegang simkad Tone Plus.. 



Selain dari gambar profile, sila pastikan juga anda menggunakan nama anda yang betul di facebook anda. Gambar profile cantek, nama dah betul.. lebih mudah sebenarnya untuk anda dapatkan kepercayaan/trust daripada bakal prospek anda..

- KALAU DAH, OK NEXT.. 



1.2 Edit Cover Photo Facebook Anda

Tukar Cover Photo facebook anda ke cover photo yang bertemakan Tone Plus. Anda mesti update, supaya prospek percaya dan tahu anda seorang pengedar simkad Tone Plus yang serius.. bukan yang buat bisnes main2..

Contoh akaun FB Admin..


Anda boleh gunakan mana2 cover photo facebook (Tone Plus) yang anda rasakan sesuai untuk anda atau anda juga boleh gunakan contoh cover photo yang admin sediakan di bawah.. save dan update di cover facebook anda..


 
Jangan MALU untuk tonjolkan diri anda sebagai pengedar simkad Tone Plus. Anda bukannya buat salah yang salah, promote skim MLM, skim piramid, skim cepat kaya, skim pelaburan yang salah dari sisi undang2.. Anda adalah pengedar/ pemasar simkad  Tone Plus / Tune Talk yang sah.. bisnes yang genuine.. dah diperakui oleh SKMM.. so tak perlu untuk malu2..

Di sinilah turning-pointnya,  untuk anda membina dan menaikkan branding anda sendiri (positioning in market). Seterusnya mengembangkan rangkaian bisnes Tone Plus anda dengan lebih mudah dan cepat. 

- KALAU DAH, OK NEXT..




TUGASAN 2: LIKE PAGES DAN JOIN SUPPORT GROUP FACEBOOK


Sila LIKE pages2 penting Facebook berikut..
Dan pastikan anda telah set "SEE FIRST"

 
1. Pages Official Tone Group = KLIK DI SINI

2. Pages Official Tone Plus = KLIK DI SINI

3. Pages Official Smart GroupKLIK DI SINI
 
 - KALAU DAH, OK NEXT..



Join support group facebook FORUM TONE PLUS untuk mendapatkan info/promosi terkini dan kempen setiap bulan, dari pihak HQ Tone Plus. KLIK DI SINI



Join support group facebook SMART GROUP (TONE PLUS) untuk sebarang pertanyaan & kemuskilan, perbincangan, bahan-bahan promosi, sharing tips promosi, LIVE facebook sharing bersama PBR/BR, info/promosi istimewa terkini setiap bulanan, anjuran admin Smart Group. KLIK DI SINI



Pastikan anda telah join 2 support group di atas bagi memudahkan anda mendapatkan info dan tips terkini Tone Plus. Anda sendiri juga disarankan ADD AHLI BARU anda atau BAKAL PROSPEK anda, terus ke support group ini..


- KALAU DAH, OK NEXT..




TUGASAN 3: BUAT LINK WEBSITE SENDIRI


Website adalah satu medium online terbaik, cara untuk kita persembahkan/ ceritakan kelebihan produk kita kepada prospek/pelanggan dengan lebih meyakinkan. Tapi, kalau nak buat semua tue sendiri, anda perlu belajar dulu  ilmu IT, cari masa untuk buat dan kena menten kos untuk yuran sewa domain & server setiap tahun. Leceh..

Jangan risau, tak perlu nak buat semua tue.. admin dah siapkan satu set WEBSITE TONE PLUS untuk anda dan ahli rangkaian anda. Semua maklumat tentang Tone Plus, admin dah masukkan. Dan semua update terkini Tone Plus juga, admin yang akan update dari masa ke masa. Anda hanya perlu daftar, dapatkan link personal anda, dan gunakan sahaja.. semuanya PERCUMA..


Kenapa anda kena ada website replika sendiri?

1. Untuk mudah dapat kepercayaan prospek, bisnes Tone Plus yang sedang anda buat sekarang, adalah GENUINE BISNES..

2. Senang, bila ada prospek minta nak tengok/rujuk website, nak baca sendiri.. trend orang sekarang, semua nak membaca di online..

3. smarrtoneplus.com, admin telah masukkan satu sistem follow-up prospek melalui email secara berkala kepada mereka, cerita tentang kelebihan Tone Plus..



Cara nak dapatkan link website?


Layari website utama SmartGroup = www.smarttoneplus.com
Klik bahagian DAFTAR, atau boleh terus KLIK DI SINI



1. Masukkan Katanama: Katanama adalah pemula yang akan diletakkan di link anda.. seeloknya letakkan nama anda.. sekiranya nama dah digunakan, sila gunakan katanama laen.. Contoh admin punyer.. -->  http://aizat.smarttoneplus.com

2. Katalaluan: Katalaluan adalah password untuk anda log-in ke sistem website smarttoneplus. Pastikan anda sentiasa ingat password yang anda masukkan.

3. Status: Sekiranya anda telah mendaftar sebagai ahli Tone Plus (dah ada no TPA), sila pilih VIP 2. Status VIP 1 adalah untuk prospek yang belum join Tone Plus. 

4. Nama Penuh: Masukkan nama penuh anda

5. Alamat Email: Masukkan email aktif yang anda gunakan.Penting, untuk admin emailkan sebarang info, update & promosi terkini Tone Plus.

6. No Phone: Masukkan no phone utama anda

7. Facebook: Masukkan link/nama facebook anda

8. Daftar Sekarang: Klik untuk daftar.

* sila log-in sistem website smarttoneplus, sekiranya anda ingin update gambar profile di sebelah kanan (atas) website.


 Contoh Website Replika Admin..


- KALAU DAH, OK NEXT..




TUGASAN 4: SUPPORT GROUP


Buat satu support group di platform WhatsApp, Telegram atau kedua-duanya sekali siap2, untuk masukkan ahli-ahli Tone Plus di bawah rangkaian anda nanti. Support group ini sangat penting sebagai medium perantara antara anda dan rangkaian anda. Mudah nanti untuk anda salurkan sebarang maklumat, promosi, berita terkini tentang Tone Plus, promosi2 yang dibuat dan sebagainya kepada rangkaian anda.
Contoh support group, seperti di bawah..




Buat satu nama BRANDING UNTUK GROUP anda sendiri.. Contohnya seperti group ahli2 kita, SMART TPA, SMART NIAGA, SMART FEMELIA, SMART TPK, SMART INFINITY, SMART GANU dan sebagai.. 


- KALAU DAH, OK NEXT..
 










Anda telah selesaikan semua tugasan mudah 
di setiap Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 3.. 
Secara asasnya, anda dah faham 90% ilmu tentang Tone Plus..

Kini, langkah anda seterusnya, adalah memilih teknik promosi yang anda rasakan mudah, senang dan sesuai dengan cara/kepakaran & ruang masa anda untuk buat Tone Plus.. 


Sebagai rujukan, admin telah sediakan beberapa contoh teknik ONLINE dan teknik OFFLINE yang berkesan yang telah dibuat oleh ahli2 Tone Plus, yang anda boleh follow dan buat, untuk anda promosikan dan kembangkan Tone Plus anda.

Rujuk di bahagian MENU BAR, untuk TEKNIK ONLINE & TEKNIK OFFLINE atau terus KLIK TEKNIK PILIHAN anda di bawah..




http://toneplusprepaid.blogspot.my/2017/05/teknik-online.html


http://toneplusprepaid.blogspot.my/2017/05/teknik-offline.html


------------------------------------


BUAT SAMPAI JADI,
JANGAN ADA TAPI, JANGAN ADA NANTI,
BUAT, BUAT, BUAT, BUAT.. 


KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI..

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN





Tone Plus Mobile App

APLIKASI HANDPHONE TONE PLUS


Tone Plus Apps daripada SmartGroup, adalah aplikasi pertama yang dibnagunkan dan direka dengan funsi yang lebih spesifik khusus untuk kemudahan semua ahli-ahli Tone Plus selruh Malaysia. Aplikasi ini mengandungi kesemua maklumat-maklumat lengkap dan berita-berita terkini berkaitan dengan Program Tone Plus. 

Keperluan Tone Plus Apps:

Menjadikan setiap telefon pintar ahli-ahli sebagai sesuatu yang boleh saya istilahkan sebagai One Central Tone Plus Device (semua info di tangan).

Ahli-ahli Tone Plus tidak lagi memerlukan pelbagai bentuk device seperti komputer atau notebook untuk dapatkan maklumat, ia boleh dilakukan terus hanya di telefon pintar.

Tone Plus Apps ini telah dirasmikan oleh Chairman Tone Group,  Dato Syed Kamaruzaman sendiri di upacara perasmian SmartStation Branch Batu Pahat, Johor.  






CARA MUAT TURUN TONE PLUS APPS


Untuk muat turun (download) Tone Plus App, anda boleh dapatkan terus secara PERCUMA di fungsian PLAY STORE di handphone anda.

Taip "Tone Plus" by Paksu Garage atau

Klik link ini untuk download --> Download Tone Plus Apps



Paparan di Google Play


PERISIAN TONE PLUS APPS


Setiap maklumat-maklumat & info lengkap Program Tone Plus telah dikategorikan mengikut format yang paling mudah (user friendly) untuk kemudahan capaian oleh semua ahli.







CONTOH PAPARAN TONE PLUS APPS





SEBAGAI AHLI TONE PLUS
ANDA WAJIB INSTALL TONE PLUS APPS INI



--------------------------------------------------------------------------------

Semoga Tone Plus Apps ini membantu sahabat-sahabat semua..



KALAU BUKAN INI, APA LAGI

KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN

Data Tone Plus Cepat Habis

DATA INTERNET CEPAT HABIS


Ini yang selalu pengguna baru Tone Plus alami. Data Tone Plus Telan Kredit.Sebenarnya , jika kita fahami sistem elok-elok…Tiada sebab isu ni timbul. Tak kenal Maka Tak Cinta


SEBENARNYA KITA HARUS TELITI SISTEM SESUATU PRODUK TERLEBIH DAHULU …


Panduan dan peringatan kepada pengguna baru TonePlus menguruskan penggunaan data internet:


1) Mungkin terjadi sedikit “kejutan sementara” sebab perbezaan sistem pengendalian data Internet di antara simkad TonePlus dan simkad yang terdahulu.


2) Untuk langganan telco seperti Maxis, U-Mobile dan sebagainya jika sudah habis data pengguna tetap diberi peluang menggunakan Internet secara percuma dengan kelajuan rendah. Ini BERBEZA dengan TonePlus yang akan mengenakan caj “pay per use” setelah kehabisan data. Cajnya ialah: 8sen/mb dan ditolak dari kredit.


3) Oleh kerana hal ini, terdapat banyak kes pengguna-pengguna baru TonePlus yang mendakwa “kredit cepat habis” atau “kredit tiba-tiba habis” sebab tak tahu dan tak diberi penerangan awal oleh upline atau pendaftar mereka.



Oleh itu, perlu diambil langkah-langkah berikut:


A) Sentiasa periksa baki data yang ada dengan menekan 134# call. Baki RM yg tertera ialah *baki panggilan percuma (jika ada). Selepas itu tekan “1” untuk paparan baki data internet kita.


B) Sentiasa OFF kan data internet jika tidak digunakan untuk menjimatkan data


C) Selepas topup untuk mendapatkan “free data” JANGAN terus ON data dan gunakan internet. PASTIKAN dahulu data percuma telah dimasukkan oleh sistem dengan memeriksa *134# (biasa selepas 5-10 minit topup)


D) Bila habis data, terus OFF kan data. Selepas itu, jika inginkan data semula boleh sama ada langgan data (jika cukup kredit); atau topup rm30, rm50 atau rm100 untuk mendapatkan data percuma.


E) Selepas mendapat sms amaran 90% penggunaan data sentiasa periksa baki data *134#


CARA JIMAT DATA INTERNET TONE PLUS


Tahukah anda, empat aplikasi utama di handphone kita yang banyak menggunakan kuota data iaitu Facebook, Telegram, WhatsApp, PlaysStore, YouTube. Sebenarnya keempat-empat aplikasi ini, boleh dikawal penggunaan data nya, dengan melakukan beberapa ubahan setting di dalam aplikasi itu sendiri.



Ikuti langkah-langkah di bawah...


Facebook:

1. Buka Facebook
2. Pergi ke bahagian Help & Settings, pilih "App Settings"
3. Pilih "Video Auto-play"
4. Pilih "Off" atau "Wifi only"


Telegram:

1. Buka Telegram
2. Pergi ke bahagian "Settings"
3. Bahagian Automatic media download, pilih "When using mobile data"
4. Hilangkan semua tanda "tick" pada kotak (No media)


WhatsApp:

1. Buka WhatsApp
2. Pergi ke bahagian "Settings"
3. Pilih "Chat settings"
4. Pilih "Media auto-download"
5. Pilih "When using mobile data"
6. Hilangkn smua tanda "tick" dalam kotak (No media).


Play Store:

1. Buka Play Store
2. Pergi ke bahagian "Settings"
3. Pada bahagian General, pilih "Auto-update apps"
4. Pilih "Auto-update apps over Wi-Fi only"


You Tube:

1. On & Play semasa anda berada di kawasan WiFi sahaja.




** anda juga boleh semak secara lengkap langganan dan penggunaan data di akaun Self-Care anda. 





http://toneplusprepaid.blogspot.my/2015/06/tone-plus-blackberry-plan-blackberry.html

------------------------------------


BUAT SAMPAI JADI,
JANGAN ADA TAPI, JANGAN ADA NANTI,
BUAT, BUAT, BUAT, BUAT.. 


KALAU BUKAN INI, APA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI..

PELUANG KEEMASAN INI
 TIDAK PATUT ANDA LEPASKAN